BRIBERY
BRIBERY
(1)
Apa itu Rasuah??

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
- Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
- Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
- Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
- Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
(2)
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata data itu adalah hasil daripada soal selidik terhadap responden yang terdiri daripada pelajar, kakitangan awam dan swasta serta pesara pada Hari Antirasuah yang diadakan di seluruh negara.
“Jika pilihan responden pada skala enam dan ke atas, kita klasifikasi sebagai tahap serius dan apabila pengiraan dibuat, 82 peratus memilih skala enam dan ke atas,” katanya.
“Jika pilihan responden pada skala enam dan ke atas, kita klasifikasi sebagai tahap serius dan apabila pengiraan dibuat, 82 peratus memilih skala enam dan ke atas,” katanya.
Apabila ditanya sama ada SPRM terkejut dengan data yang diperoleh, Shamshun Baharin berkata ia adalah fakta dan semua pihak perlu menerimanya dengan terbuka.
Justeru, katanya, menerusi Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023, usaha mengekang budaya rasuah akan diperhebatkan dengan matlamat supaya Malaysia dikenali sebagai negara berintegiriti dan bukan sebagai negara rasuah.
#MalaysiaBersih
#MalaysiaBebasRasuah

#MalaysiaBebasRasuah

Comments
Post a Comment